Bunga Raya 7s, Jepun berentap separuh akhir

Perlawanan Bunga Raya 7s menentang Hong Kong di Stadium Police Tero, pada Sabtu. Foto: KRM
Perlawanan Bunga Raya 7s menentang Hong Kong di Stadium Police Tero, pada Sabtu. Foto: KRM
A
A
A

SKUAD ragbi tujuh sebelah lelaki negara, Bunga Raya (7s) bakal berdepan pasukan pilihan Jepun dalam aksi separuh akhir Kategori Cup Kejuaraan Kejuaraan Ragbi Asia 7s di Stadium Police Tero, Bangkok, Thailand pada Ahad.

Anak buah Nik Safuan Ismade Nik Man memulakan kempen Kumpulan B dengan langkah kiri apabila tewas kepada Hong Kong, 5-43.

Namun kekalahan itu tidak mematahkan semangat pemain untuk bangkit mencipta kejutan ke atas satu lagi pasukan pilihan Korea Selatan dengan kemenangan, 21-17.

Rentak kemenangan itu diteruskan dengan kemenangan motivasi 29-21 ke atas Singapura untuk melabuh tirai kumpulan B selaku naib juara.

“Pasukan menunjukkan prestasi sangat memberangsangkan apabila menang dua perlawanan dan paling sensasi menundukkan Korea Selatan.

“Kami barisan jurulatih amat berpuas hati dan bangga dengan kesungguhan serta semangat juang tinggi yang diberikan para pemain,” katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.

Pada masa sama menjelang perlawanan separuh akhir Kategori Cup berdepan Jepun, Nik Safuan Ismade berkemungkinan terpaksa turun tanpa beberapa tonggak yang mengalami kecederaan.

“Pada ketika ini terdapat lapan pemain mengalami kecederaan yang berat. Salah seorang daripadanya tidak dapat beraksi pada separuh akhir.

Artikel Berkaitan:

“Bagaimanapun pasukan akan mencongak strategi terbaik dalam mengekang asakan pemain Jepun dalam perlawanan pada Ahad,” katanya.

Dalam pada itu, skuad ragbi wanita Bunga Raya 7s negara akan beraksi dalam perlawanan penentuan kelima kelapan Kategori Plate berdepan Singapura pada Ahad.

Anak buah Faiz Samsukhidir menyingkap kempen Kejuaraan Ragbi Asia 7s langkah kiri apabila tewas kepada Jepun, 0-36 dalam aksi Kumpulan A.

Bunga Raya 7s kemudian bangkit menyaingi Hong Kong sebelum tewas 10-39 diikuti kekalahan 0-17 kepada Kazakhstan.