Bunga Raya 7s wanita negara kekal status elit

(Barisan belakang, empat dari kiri) Faiz bersama para pemain Bunga Raya di Siri Ragbi Asia 7s edisi Bangkok. - Foto: KRM
(Barisan belakang, empat dari kiri) Faiz bersama para pemain Bunga Raya di Siri Ragbi Asia 7s edisi Bangkok. - Foto: KRM
A
A
A

[DIKEMAS KINI] SKUAD ragbi tujuh sebelah (7s) wanita negara, Bunga Raya berjaya mengekalkan status elit dalam saingan Kejohanan Siri Ragbi Asia 7's musim depan.

Perlawanan penentuan tempat kelima keenam Pusingan Kedua Siri Ragbi 7s Asia, Bunga Raya kendalian anak buah Faiz Samsukhidir, tewas 19-16 kepada Kazakhstan dalam aksi di Stadium Police Tero, Bangkok pada Ahad.

Sebelum itu, Malaysia mengalahkan pasukan jiran tetangga dari selatan Singapura, 24-15 dalam aksi separuh akhir Kategori Plate.

Anak buah Faiz sebelum itu menyingkap kempen langkah kiri apabila tewas kepada pasukan pilihan Jepun, 0-36 dalam aksi Kumpulan A.

Bunga Raya 7s kemudian bangkit menyaingi satu lagi gergasi Asia, Hong Kong sebelum tewas 10-39 diikuti kekalahan 0-17 kepada Kazakhstan.

Dalam pada itu, Faiz mengakui bangga dengan peningkatan dipamerkan pemain negara ketika berdepan Singapura dan Kazakhstan.

Katanya, pemain menunjukkan satu permainan yang baik dalam kedua-dua perlawanan ini terutama sekali perlawanan menentang Singapura.

“Malah pemain bermain dengan semangat juang tinggi selain lebih berdisiplin yang berjaya mengurangkan kesilapan.

Artikel Berkaitan:

“Kejohanan Siri Ragbi Asia 7's kali ini kami menyasarkan berada kedudukan keenam keseluruhan bagi mengekalkan kedudukan pasukan pada tahun depan.

“Alhamdulillah syukur, kami berjaya mengekalkan kedudukan dengan pasukan yang kurang persediaan selain gabungan pemain lama dan baharu dalam proses membentuk keserasian,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin