RM58.7 bilion, bukti kerajaan beri perhatian sektor pendidikan

Peruntukan RM58.7 bilion untuk pendidikan dalam Belanjawan 2024 diharap dapat menangani isu keciciran murid termasuk memulihkan pendidikan di peringkat prasekolah. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Azizee)
Peruntukan RM58.7 bilion untuk pendidikan dalam Belanjawan 2024 diharap dapat menangani isu keciciran murid termasuk memulihkan pendidikan di peringkat prasekolah. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Azizee)
A
A
A

SEREMBAN - Peruntukan RM58.7 bilion untuk pendidikan dalam Belanjawan 2024 membuktikan keprihatinan kerajaan untuk melihat sektor pendidikan sebagai pemacu penting kepada pembangunan negara.

Presiden Ikatan Guru -Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan berkata, ini kerana makin baik kualiti pendidikan negara bermakna makin baik kualiti kehidupan negara.

"Diharapkan peruntukan ini dapat menangani isu-isu asas pendidikan yang berkaitan aspek infrastruktur dan prasarana yang memerlukan usaha pantas bagi merapatkan jurang fizikal pendidikan antara sekolah-sekolah di pedalaman serta luar bandar.

"Kita juga berharap isu keciciran murid juga dapat diselesaikan termasuk memulihkan pendidikan di peringkat prasekolah,"katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, keciciran murid juga dapat diselesaikan menerusi peluasan pendidikan peringkat prasekolah dan Biasiswa Kecil Persekutuan serta Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin.

Tambahnya, tumpuan untuk memperkasa bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan menaik-taraf makmal sekolah akan melahirkan tenaga pakar seperti dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan Revolusi Industri (IR) 5.0.

"Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET ) ditingkatkan penyertaan pelajar dan ini penting bagi mengatasi isu pelajar meminati bidang kemahiran," katanya.

Selain itu katanya, iGuru juga berterima kasih kepada kerajaan kerana buat pertama kalinya mengembalikan semula geran perkapita untuk pembangunan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sekali gus memperkasakan institusi pendidikan Islam di negara ini.

Artikel Berkaitan: