Putera Mahkota Bahrain gesa buka koridor bantuan kecemasan di Gaza

Putera Mahkota Bahrain, Salman bin Hamad Al-Khalifa pada Jumaat menekankan keperluan segera untuk koridor bantuan bagi membolehkan bantuan kemanusiaan, makanan, perubatan, air dan elektrik dapat disalurkan ke Gaza, di tengah-tengah serangan udara Israel.(Gambar hiasan) - Foto AFP

A
A
A

MANAMA - Putera Mahkota Bahrain, Salman bin Hamad Al-Khalifa pada Jumaat menekankan keperluan segera untuk koridor bantuan bagi membolehkan bantuan kemanusiaan, makanan, perubatan, air dan elektrik dapat disalurkan ke Gaza, di tengah-tengah serangan udara Israel.

Pemangku Raja itu berkata demikian semasa pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony J. Blinken yang kini sedang melakukan lawatan ke Asia Barat, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Bahrain BNA.

Kedua-dua pemimpin itu membincangkan hubungan antara kedua-dua negara, perkembangan serantau dan antarabangsa serta situasi terkini di Gaza.

Putera mahkota turut menekankan mengenai sokongan Bahrain terhadap usaha mengurangkan ketegangan dan keamanan untuk menggalakkan keselamatan dan kestabilan serantau.

Israel telah mengabaikan gesaan antarabangsa untuk menghentikan serangan, selain memotong bekalan air dan elektrik ke Gaza, memburukkan lagi keadaan kemanusiaan di kawasan yang telah disekat itu.

Semenanjung Gaza yang dihuni hampir 2.2 juta penduduk Semenanjung Gaza telah lama bergelut di bawah sekatan Israel sejak 2007. - Bernama

Artikel Berkaitan: