Kerajaan salur bantuan RM10 juta bantu warga Palestin

Seorang budak lelaki memegang papan tanda yang menunjukkan gambar Dome of the Rock di pekarangan Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis, sambil dikelilingi bendera kebangsaan Palestin dan Syria semasa perhimpunan anti-Israel di Dataran Arnous tengah Damsyik pada Jumaat. - Foto AFP

A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memberi bantuan kepada warga Palestin termasuk menyediakan dana sebanyak RM10 juta untuk tujuan tersebut, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya dengan ini memutuskan semalam Menteri Luar menyebut dana awal RM1 juta saya tambah permulaan dana dari kerajaan RM10 juta.

"...dan saya akan pastikan semua GLIC (Syarikat Pelaburan Kerajaan), GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) dan syarikat-syarikat swasta cuba mengumpulkan bersama rakyat dengan dana awal sekurang-kurangnya RM100 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI bertemakan ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’ di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata ini kerana perkembangan mutakhir di Semenanjung Gaza bertambah gawat tatkala Israel kini telah mengepung warga Gaza dan Israel secara ganas dan biadab ingin menghalau mereka ke selatan semenanjung tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: