Semua pihak perlu istiqamah noktah miskin tegar - TPM

Ahmad Zahid (tengah) semasa hadir merasmikanSambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kelantan di Taman Etnobotani Gua Musang pada Sabtu.
Ahmad Zahid (tengah) semasa hadir merasmikanSambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kelantan di Taman Etnobotani Gua Musang pada Sabtu.
A
A
A

GUA MUSANG - Semua pihak perlu istiqamah dalam membantu kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini sebagaimana yang telah dihasratkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama daripada baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat merealisasikan hasrat tersebut.

"Namun, setiap tahun akan wujud masyarakat daif dan asnaf sebab garis kemiskinan itu akan bertambah berdasarkan kepada kos sara hidup.

"Semua negara di dunia akan menghadapinya, soalnya kita perlu istiqamah untuk terus membantu rakyat. Jangan politikkan soal kemiskinan ini," katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar pada Sabtu.

Sebelum itu, beliau merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kelantan di Taman Etnobotani Gua Musang di sini.

Menurut beliau, pada tahun ini seramai 130,000 isi rumah telah dikategorikan sebagai miskin tegar bagaimanapun semasa pembentangan belanjawan jumlah itu telah turun kepada 18,000 isi rumah.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!