Kaji semula undang-undang terhadap pemandu mabuk

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional mendesak kajian semula dilakukan bagi memperketatkan undang-undang sedia ada terhadap kesalahan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk.

Ketuanya, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata, pihaknya mendesak kajian itu dilakukan segera berikutan beberapa kes kematian membabitkan kemalangan berpunca daripada pemandu mabuk.

"Baru-baru ini negara dikejutkan dengan kes kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk. Seorang penerbit televisyen sambilan maut manakala anak lelakinya cedera selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki disyaki mabuk di Jalan Klang Lama.

"Sebelum ini, seorang kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) maut selepas mosikal ditunggangnya dirempuh pemandu wanita warga asing yang mabuk berhampiran lampu isyarat simpang empat Jalan Dato' Keramat, Georgetown.

"Melihat kepada kes-kes tersebut, kematian disebabkan oleh pemandu mabuk ini semakin membimbangkan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Hasnul Zulkarnain berkata, hukuman penjara mandatori tiga hingga 10 tahun dan denda RM8,000 hingga RM20,000 ketika ini tidak setimpal apatah lagi kes melibatkan mangsa meninggal dunia.

"Justeru, kajian semula peruntukan mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 perlu dibuat dengan melihat kepada hukuman yang lebih berat terhadap pesalah," katanya.

Artikel Berkaitan: