Kenang jasa Blake, peruntukan RM5 juta demi perubatan anjing K9

Blake merupakan anjing pengesan milik JBPM yang mati disebabkan barah limfoma.
Blake merupakan anjing pengesan milik JBPM yang mati disebabkan barah limfoma.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemergian hero kecil Batang Kali, Blake menimbulkan rasa dukacita seluruh warga Malaysia termasuk kerajaan.

Blake merupakan anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang terpaksa ditidurkan disebabkan barah limfoma pada 19 September lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pembentangan Belanjawan 2024 mengumumkan peruntukan RM5 juta bagi menambah baik kemudahan dan rawatan perubatan bagi anjing Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Selain menambah bilangan anjing pengesan untuk JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Kita semua mesti mengingati Blake, anggota Unit Pengesan K9 Bomba telah menabur bakti untuk negara,” katanya di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.

Blake sebelum ini berkhidmat bersama JBPM selama enam tahun banyak menyumbang kepada kejayaan operasi pencarian yang dijalankan JBPM di seluruh negara.

Antaranya melibatkan tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor pada Disember tahun lalu, mengesan mangsa lemas di Tol Batu 13, Kampung Kenangan, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kepala air di Titi Hayun, Yan Kedan serta operasi mengesan mangsa tertimbus di Kampung Temelong, Karak di Pahang.

Sepanjang berkhidmat, anjing itu juga pernah menerima pingat 'Golden Performance' dalam operasi SAR mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali pada 16 Disember lalu.

Artikel Berkaitan: