Mesir tolak cadangan buka koridor untuk orang awam di Gaza

Mesir telah menolak cadangan membuka koridor selamat bagi orang awam dari Semenanjung Gaza. - Foto 123RF
Mesir telah menolak cadangan membuka koridor selamat bagi orang awam dari Semenanjung Gaza. - Foto 123RF
A
A
A

MOSCOW - Mesir telah menolak cadangan membuka koridor selamat bagi orang awam dari Semenanjung Gaza, Sputnik memetik laporan The Jerusalem Post pada Rabu.

Mesir telah berbincang dengan Amerika Syarikat dan negara-negara lain untuk menyediakan bantuan kemanusiaan melalui sempadannya dengan Semenanjung Gaza, tetapi menolak sebarang cadangan bagi mewujudkan koridor selamat untuk pelarian melarikan diri dari kawasan itu demi melindungi 'hak rakyat Palestin mempertahankan perjuangan mereka dan tanah mereka', akhbar itu memetik sumber sebagai berkata.

Penyelaras Rumah Putih bagi Komunikasi Strategik, John Kirby pada Rabu berkata bahawa AS terlibat secara aktif dalam perbincangan dengan pihak berkuasa Israel dan Mesir untuk merencana laluan selamat orang awam di rantau itu.

CNN memetik kenyataan seorang pegawai kanan Israel, bahawa rundingan sedang dijalankan untuk membenarkan warga AS dan Palestin meninggalkan Semenanjung Gaza menuju Mesir sebelum kemungkinan bermulanya operasi tentera Israel. - Bernama/Sputnik

Artikel Berkaitan: