Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Gambar hiasan - Foto Bernama
Gambar hiasan - Foto Bernama
A
A
A

RINGGIT dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas mencatatkan kenaikan dua hari berturut-turut berikutan sentimen berhati-hati walaupun prestasi dolar AS agak lemah.

Indeks Dolar AS (DXY) merosot daripada setinggi 106.01 mata kepada 105.82 mata meskipun Indeks Harga Pengeluar AS bulan September adalah lebih tinggi daripada jangkaan.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.7200/7245 berbanding dolar AS daripada penutup Rabu pada 4.7145/7180.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, hasil Perbendaharaan AS 10 tahun turun sebanyak lapan mata asas kepada 4.58 peratus.

Pada masa yang sama, minit Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) menunjukkan bahawa para anggota Rizab Persekutuan percaya satu lagi kenaikan kadar adalah wajar dengan tumpuan ke arah mengekalkan kadar yang stabil selepas itu, katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding euro kepada 5.0136/0184 from 4.9983/5.0020 dan merosot berbanding pound Britain kepada 5.8113/8168 daripada 5.7918/7961 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding yen pada 3.1644/1676 daripada 3.1711/1737 semalam.

Artikel Berkaitan:

Berbanding mata wang Asia pula, mata wang tempatan diniagakan rendah.

Nilai ringgit lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.4635/4673 daripada 3.4587/4617 dan rendah berbanding peso Filipina pada 8.32/8.34 daripada 8.30/8.32 pada Rabu.

Ringgit turut merosot berbanding baht Thai untuk mencatatkan paras 12.9842/13.0015 daripada 12.9462/9615 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 300.6/301.0 daripada 300.2/300.6. - Bernama