Nelayan OKU hilang bot karam

Bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot karam di Sungai Perak, Bagan Datuk. - Foto Ihsan bomba
Bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot karam di Sungai Perak, Bagan Datuk. - Foto Ihsan bomba
A
A
A

BAGAN DATUK - Seorang nelayan dilaporkan hilang manakala dua lagi terselamat selepas bot dinaiki mereka karam di muara Sungai Perak berhampiran Kampung Pasang Api dekat Hutan Melintang di sini pada Rabu.

Dalam kejadian sekitar jam 1 pagi itu, mangsa hilang dikenali Amir Hamzah Shaari, 53, yang merupakan orang kurang upaya (OKU).

Difahamkan mangsa turun ke sungai bersama adiknya berusia 40 tahun dan anak lelakinya berusia 28 tahun.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sayani Saidon berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang diatur gerak ke lokasi kejadian.

"Dalam kejadian itu, dua mangsa berjaya diselamatkan oleb orang awam manakala seorang lagi mangsa masih hilang.

"Operasi diteruskan dengan menggunakan bot bersama Unit Anjing Pengesan (K9) bomba bermula di kawasan Kampung Pasang Api menghala ke Beting Beras Basah," katanya.

Menurut beliau, operasi diteruskan menggunakan kaedah pencarian permukaan dan tiada petunjuk baharu ditemukan.

Artikel Berkaitan: