X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita rugi lebih RM60,000 terjerat 'hutang LHDN'

A
A

KUANTAN - Seorang wanita menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam sehingga menyebabkannya mengalami kerugian RM65,619.12, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 42 tahun diperdaya selepas menerima panggilan telefon daripada individu kononnya pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurutnya, individu itu mendakwa mangsa mempunyai tunggakan cukai yang tidak berbayar selama 15 bulan dianggarkan berjumlah RM17,600.76.

"Individu itu meminta mangsa membuat pembayaran tunggakan tersebut dan meminta maklumat berkaitan dengan kad bank miliknya.

"Mangsa kemudian menuruti permintaan itu selain menyerahkan nombor kod pengesahan transaksi (TAC) kepada individu berkenaan (suspek) yang membuat panggilan secara berperingkat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Wazir berkata, pada Jumaat lalu, mangsa menerima panggilan dari pihak bank memaklumkan terdapat pemindahan sebanyak RM49,647.87 ke dalam akaun tidak dikenali.

Jelasnya, sebanyak RM15,971.25 transaksi lagi lesap dari akaun Bank Simpanan Nasional milik mangsa.

"Merasakan dirinya ditipu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!