'Selamat maju jaya Arteta'

Guardiola mengakui Arteta antara tulang belakang memacu kejayaan Manchester City beberapa tahun kebelakangan ini. - Foto Mikel Arteta
Guardiola mengakui Arteta antara tulang belakang memacu kejayaan Manchester City beberapa tahun kebelakangan ini. - Foto Mikel Arteta
A
A
A

PEP Guardiola menyifatkan Mikel Arteta mempamerkan kelas tersendiri sepanjang bekas penolong pengurus Manchester City itu berkhidmat di Stadium Etihad.

Menurutnya, beliau merelakan pemergian bekas tonggak The Gunners meninggalkan Manchester City untuk kembali bersama kelab lamanya sebagai pengurus.

"Arteta menjadi penolong pengurus yang sangat baik untuk Manchester City. Dia telah menunjukkan dedikasi, kerja keras dan pengetahuan bola sepak yang memberikan impak positif selama di Stadium Etihad.

"Secara jujur, Arteta memberikan sumbangan berkesan dalam meningkatkan prestasi kelab dalam beberapa tahun terakhir. Sebagai bekas ketua beliau, saya yakin Arteta mampu mengalas cabaran bersama Arsenal. Selamat maju buat Arteta bersama Arsenal," katanya.

Bekas tonggak Everton dan Arsenal itu dilantik mengisi posisi nombor satu kelab London berkenaan selepas pemecatan Unai Emery pada hujung November lalu dengan kontrak tiga tahun setengah.

Sebelum ini jawatan pengendali The Gunners dipangku sementara Freddie Ljungberg bagi lima perlawanan.

Tugasan pertama Arteta minggu ini adalah mengemudi Pierre-Emerick Aubameyang dan rakan-rakannya mencipta keputusan positif semasa bertandang ke Goodison Park menentang Everton.

Artikel Berkaitan: