Peningkatan gaji sektor swasta perlu beri manfaat pekerja tempatan

Shamsuddin Bardan
Shamsuddin Bardan
A
A
A

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Peningkatan gaji pekerja dalam sektor swasta perlu dikaji semula agar kenaikan berkenaan memberikan manfaat kepada pekerja tempatan.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan berkata, peningkatan gaji bagi pekerja swasta sebenarnya mungkin akan menimbulkan masalah kerana faedah berkenaan (peningkatan gaji) lebih banyak akan dinikmati oleh pekerja asing berbanding pekerja tempatan.

Menurutnya, perkara berkenaan juga perlu dilihat semula agar kenaikan berkenaan memberikan manfaat kepada rakyat di negara ini.

“Bila ada pengumuman kenaikan gaji minimum saya rasakan gred bayaran dibuat di sektor awam itu hendaklah memberikan manfaat kepada rakyat negara kita.

“Tapi yang dapat faedahnya, pekerja asing. Jadi apa gunanya kita berikan kenaikan gaji kalau bukan pekerja tempatan yang dapat faedahnya? Kalau untuk kenaikan bagi pekerja asing perlu setaraf dengan kualiti kerja mereka sebenarnya,” katanya.

Sementara itu, Shamsuddin berkata, kenaikan gaji minimum sebanyak RM1,800 sebulan untuk penjawat awam perlu dikekalkan dahulu buat ketika ini sebelum ditambah baik pada masa akan datang.

Katanya, pengekalan kadar gaji minimum berkenaan perlu dibuat agar ia tidak memberikan tekanan kepada pihak kerajaan dan juga swasta pada ketika ini.

“Kalau kita tingkatkan kadar gaji ini, sudah tentu akan ia berikan tekanan kepada pihak kerajaan dan sektor swasta untuk buat benda yang sama. Patut tak berlaku macam itu.

Artikel Berkaitan:

“Sektor kerajaan banyak kemampuan, saya rasakan pada kadar yang ada sekarang ini kekalkan dahulu sehingga ditambah baik,” katanya bagi mengulas permintaan daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berhubung kenaikan berkenaan berikutan kos sara hidup yang meningkat hari ini,