X

Kindly register in order to view this article
!

Pengebilan bersepadu mudahkan pengguna: Menteri

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr Xavier Jayakumar dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Bersama Pengebilan Bersepadu Perkhidmatan Air dan Pembetungan Negeri Terengganu di antara Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Narendran Maniam (kiri) dengan Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir Atemin Sulong di sini hari ini. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
A
A

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan pengebilan bersepadu yang menggabungkan bil air dan pembetungan dilihat bakal memberikan banyak manfaat kepada rakyat.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr Xavier Jayakumar berkata, pengebilan berkenaan akan lebih memudahkan urusan pengguna kerana hanya perlu membayar satu bil bagi kedua-dua perkhidmatan berkenaan.

Menurutnya, pengguna juga hanya perlu menghubungi satu nombor telefon sahaja bagi kedua-dua urusan perkhidmatan.

"Mulai tahun hadapan, rakyat hanya dapat satu bil sahaja. Perkara ini baik kerana mutu perkhidmatan akan dipertingkatkan.

"Harapan kita, mana-mana negeri telah cuba adakan sistem pengebilan bersepadu ini akan dapat sertai kita dan kita akan bawa perkara ini dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) kelak," katanya pada sidang media setelah menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pelaksanaan Pengebilan Bersepadu Di Antara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Indah Water Konsortium (IWK), Narendran Maniam dan rakan sejawatannya dari Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), Atemin Sulong di Hotel Intercontinental Jalan Ampang di sini hari ini.

Sementara itu Xavier berkata, pihaknya merancang untuk menambah baik sistem pembetungan di negara ini.

"Kita ada rancang dengan Terengganu begitu juga dengan Kelantan, Johor dan semua ini akan dimasukkan dalam RMK12," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!