Banjir di Pahang hampir pulih

Anggota APM membantu menghantar mangsa pulang ke rumah masing-masing selepas semua PPS di daerah Bera dan Rompin ditutup sepenuhnya hari ini.
Anggota APM membantu menghantar mangsa pulang ke rumah masing-masing selepas semua PPS di daerah Bera dan Rompin ditutup sepenuhnya hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Situasi banjir di Pahang hampir pulih apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah ditutup sepenuhnya hari ini.

Penutupan itu menyebabkan penutupan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di kedua-dua daerah terbabit selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing ekoran keadaan banjir pulih sepenuhnya.

PKOB Daerah Bera ditutup secara rasminya jam 11 pagi, manakala PKOB Daerah Rompin ditutup pada jam 12 tengah hari tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Penolong Pesuruhjaya (PA) Zainal Yusof berkata, sehingga jam 12 tengah hari tadi, hanya dua PPS masih dibuka di daerah Temerloh yang menempatkan 316 mangsa daripada 88 keluarga terjejas.

Menurutnya, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kapur menempatkan 283 mangsa daripada 79 keluarga, manakala SK Bukit Cermin menempatkan 33 mangsa daripada sembilan keluarga.

"Setakat ini, dua jalan masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu Jalan Kampung Serangkam di Maran dan Jalan Kampung Batu Kapur- Sungai Buluh di Mentakab," katanya.

Artikel Berkaitan: