Penerbangan Ipoh-Gungzhou dihentikan

Kerajaan Perak mengumumkan perkhidmatan penerbangan Ipoh ke Ghuangzhou, China yang dikendalikan oleh Syarikat Scanda Sky dengan kerjasama Malaysia Airlines Berhad (MAS) dihentikan secara rasmi pada 18 Disember lepas.
Kerajaan Perak mengumumkan perkhidmatan penerbangan Ipoh ke Ghuangzhou, China yang dikendalikan oleh Syarikat Scanda Sky dengan kerjasama Malaysia Airlines Berhad (MAS) dihentikan secara rasmi pada 18 Disember lepas.
A
A
A

IPOH- Kerajaan negeri mengumumkan perkhidmatan penerbangan Ipoh ke Ghuangzhou, China yang dikendalikan oleh Syarikat Scanda Sky dengan kerjasama Malaysia Airlines Berhad (MAS) dihentikan secara rasmi pada 18 Disember lepas.

Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Perak, Tan Kar Hing berkata, keputusan menghentikan operasi itu merupakan persetujuan antara kedua-dua pihak selepas gagal mencapai kata sepakat dalam aspek teknikal dan komersil.

"Kedua-dua pihak telah mengambil keputusan menghentikan kontrak persetujuan yang sebelum ini ditandatangani pada 7 Mei lalu.

"Beberapa faktor yang menyumbang kepada keputusan itu termasuk pandangan komersil dan teknikal sebagai contoh, laluan ini yang sepatutnya boleh memuatkan 120 penumpang, telah dihadkan kepada 50 penumpang sahaja," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Scanda Sky memulakan penerbangan sulungnya dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), Ipoh ke Ghuangzhou pada 27 November lepas dengan kapasiti 40 penumpang.

Kar Hing berkata, walaupun pihaknya kecewa dengan penamatan operasi penerbangan itu, namun ia tidak membawa sebarang implikasi negatif kepada kerajaan negeri khususnya dari sudut kewangan.

"Pihak Scanda Sky dan MAS juga tidak pernah menerima sebarang subsidi daripada kerajaan negeri bagi menyempurnakan perkhidmatan ini," katanya.

Selain itu, katanya, Scanda Sky kini dalam proses menjalin usaha sama dengan beberapa syarikat lain bagi memastikan perkhidmatan laluan penerbangan ke Ghuangzhou diteruskan.

Artikel Berkaitan:

"Kita menyambut baik akan usaha yang dilaksanakan oleh Scanda Sky dan berharap ia berhasil dalam masa terdekat, sekali gus memenuhi hasrat warga Perak selain merancakkan lagi ekonomi negeri," katanya.

Dalam pada itu, Kar Hing berkata, kerajaan negeri juga dalam perancangan untuk memperbanyakkan lagi laluan penerbangan baharu bagi meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke Perak.

"Setakat ini kami sedang dalam usaha membuka laluan penerbangan dari Subang ke Ipoh dan Subang ke Pulau Pangkor.

"Namun, ini akan ambil sedikit masa kerana perlu melalui beberapa proses yang membabitkan aspek teknikal," katanya.- Bernama