Tiada campur tangan DAP dalam urusan zakat Pulau Pinang

Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang (ZPP), Amran Hazali sebagai panelis Wacana Sinar Harian Siri 246 bertajuk 'Anda Bayar, Kami Urus'
Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang (ZPP), Amran Hazali sebagai panelis Wacana Sinar Harian Siri 246 bertajuk 'Anda Bayar, Kami Urus'
A
A
A

SHAH ALAM - Tiada sebarang campur tangan politik daripada mana-mana ahli politik terutama DAP dalam membuat keputusan bantuan dan urus tadbir pusat zakat di Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang (ZPP), Amran Hazali berkata, bukan sahaja DAP, malah parti Gerakan yang dahulunya mentadbir negeri tersebut juga sangat menghormati Islam sebagai agama rasmi Persekutuan tanpa ada cubaan mencampuri pengurusan zakat.

Sebagai bukti menurutnya, secara jelas boleh dilihat dalam struktur organisasi pengurusan pusat zakat yang tidak mempunyai wakil daripada DAP sebagai ahli lembaga pengarah.

“Kita harus faham bahawa Zakat Pulau Pinang adalah satu entiti milik penuh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP).

“Sekadar melaporkan, sekadar bertanya, sekadar ingin tahu, itu bukan campur tangan pada saya tapi itu sekadar tanggungjawab mereka (orang politik) untuk lebih ambil berat.

“Kalau cara itu boleh meninggikan 'political mileage', itu di luar pengetahuan saya. Apa yang penting' saya ingin jelaskan bahawa tiada sebarang yang berlaku oleh mana-mana parti dalam konteks urusan dan membuat keputusan bantuan zakat di negeri Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata demikian selaku panelis Wacana Sinar Harian Siri 246 bertajuk 'Anda Bayar, Kami Urus' bersama dua panelis lain iaitu Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, Ruslan Said dan Pendakwah, Prof Madya Datuk Dr Izhar Ariff di Dewan Krangkraf Seksyen 15 di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan ARBA, Azlan Shah Nebees Khan bertindak sebagai moderator.

Artikel Berkaitan: