Kereta rempuh kedai serbaneka di stesen minyak

Kereta yang terbabas dan merempuh kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Jalan Jelor, Gong Beruas tengah hari tadi.
Kereta yang terbabas dan merempuh kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Jalan Jelor, Gong Beruas tengah hari tadi.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang lelaki bersama tiga anak berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka merempuh kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Jalan Jelor, Gong Beruas, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari itu, pemandu yang juga bapa kepada tiga anak tersebut didakwa baru selesai mengisi petrol di stesen berkenaan sebelum dipercayai tertekan pedal minyak lalu terbabas dan merempuh kedai serbaneka itu.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Jaafar Jusin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.39 tengah hari.

Ketika kejadian terdapat kanak-kanak di dalam kereta tersebut.
Ketika kejadian terdapat kanak-kanak di dalam kereta tersebut.



Keadaan di dalam kedai serbaneka selepas dirempuh kereta.
Keadaan di dalam kedai serbaneka selepas dirempuh kereta.

Menurutnya, sejurus tiba di lokasi kejadian, anggota bomba terus mengeluarkan mangsa melalui pintu hadapan yang terbuka.

"Seramai lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja membantu dan menyelamat mangsa," katanya.

Katanya, kesemua mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel Berkaitan: