Banjir Kelantan semakin reda

Warga emas, Ahmad Che Noh, 64, membersihkan halaman rumahnya selepas banjir yang melanda pada tinjauan di Kampung Ayer Lanas hari ini. Tinjauan mendapati cuaca bertambah baik dan banjir beransur pulih. - Foto Bernama
Warga emas, Ahmad Che Noh, 64, membersihkan halaman rumahnya selepas banjir yang melanda pada tinjauan di Kampung Ayer Lanas hari ini. Tinjauan mendapati cuaca bertambah baik dan banjir beransur pulih. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus menunjukkan penurunan apabila seramai 2,076 mangsa banjir dilaporkan sehingga jam 6 petang ini berbanding 3,983 orang pada jam 8 pagi tadi.

Kesemua mangsa melibatkan 644 keluarga itu ditempatkan di 23 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri ini.

Jumlah tersebut menunjukkan penurunan ketara berbanding pagi tadi berikutan keadaan air di kawasan Jeli, Tanah Merah dan Machang kini beransur pulih, namun perpindahan penduduk yang berdepan risiko banjir di daerah Rantau Panjang menunjukkan pertambahan setiap masa.

Berdasarkan portal eBanjir, sehingga jam 6 petang tadi, hanya Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan bacaan 10.48 meter (m) iaitu melebihi paras bahaya 9.00 m.

Sungai Kelantan di Kusial pula mencatatkan bacaan 14.78 m iaitu melebihi paras amaran 14.00 m.

Empat sungai lain pula mencatatkan bacaan melebihi paras berjaga-jaga iaitu Sungai Galas di Dabong mencatatkan 32.88 m (berjaga-jaga 32.00 m), Sungai Lebir di Tualang 28.13 (27), Sungai Golok di Jenob 21.87 m (21.50) dan Sungai Kelantan di Jeti Kastam 3.04 m (3.00).

Artikel Berkaitan: