X

Kindly register in order to view this article
!

Masjid Besar Srinagar dibuka semula

Kira-kira 70 jemaah menunaikan solat secara berjemaah buat pertama kali di Masjid Jamia selepas ia ditutup selama hampir lima bulan.
A
A

SRINAGAR - Kira-kira 70 penduduk Islam menunaikan solat berjemaah di Masjid Besar Srinagar buat pertama kali semalam berikutan ia ditutup hampir lima bulan selepas India membatalkan status khas di Jammu dan Kashmir pada Ogos lalu.

Penduduk tempatan percaya langkah penutupan masjid abad ke-13 yang boleh memuatkan 30,000 jemaah dalam satu masa itu adalah yang paling lama sejak Kashmir dibahagikan antara India dan Pakistan pada 1947 selepas ia mendapat kemerdekaan daripada Britain.

"Saya sedang duduk di rumah ketika mendengar laungan azan daripada Masjid Jamia. Saya seperti tidak percaya laungan azan itu dapat didengari buat pertama kali sejak penutupan masjid itu selama hampir lima bulan. Saya rasa seperti dapat bernafas semula.

"Tetapi, perkara yang paling menyedihkan adalah pertikaian Kashmir masih belum selesai," kata Mohamad Iqbal, 55.

Sebelum sekatan ketat dikuatkuasakan di wilayah itu, pemimpin agama, Mirwaiz Umar Farooq sering menyampaikan khutbah dan mesej politik di masjid itu pada setiap hari Jumaat.

Beliau adalah antara ribuan individu yang ditahan pihak berkuasa selepas langkah autonomi dibuat New Delhi. - Agensi