Kerajaan Kelantan persoal status MPKK

Mohd Amar
Mohd Amar
A
A
A

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan mahu kerajaan membuat kata putus mengenai status Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang sebelum ini didakwa akan digantikan dengan Majlis Pembangunan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKK Persekutuan) tahun depan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah berkata, sebelum ini pihaknya hanya mengetahui perkara tersebut melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Datuk Sazmi Miah sebelum ini.

“Selepas membaca kenyataan media (Sazmi) itu kami menghantar surat kepada kerajaan Persekutuan untuk mengetahui status berkaitan perkara itu namun sehingga sekarang masih tiada jawapan.

"Tiada masalah dengan penubuhan MPKK Persekutuan, kita bukan mahu pertikai sebab itu bidang kuasa kementerian tetapi bagaimana dengan status MPKK? Itu yang kami mahukan penjelasan," katanya ketika ditemui media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Sebelum ini kerajaan persekutuan memperkenalkan MPKK di peringkat negeri yang tidak ditadbir PH iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis yang dianggotai ahli lantikan negeri dan pusat.

Bagaimanapun kerjasama itu dilihat gagal terutama di Kelantan apabila kerajaan negeri didakwa tidak memberi kerjasama baik memperkasakan program untuk rakyat.

Artikel Berkaitan: