Eropah lancar satelit pemburu planet

Ilustrasi exoplanet, 51 Pegasi b yang ditemukan 24 tahun lalu. - Foto AFP
Ilustrasi exoplanet, 51 Pegasi b yang ditemukan 24 tahun lalu. - Foto AFP
A
A
A

PARIS - Satelit pemburu planet Eropah, CHEOPS dijangka meninggalkan bumi hari ini sehari selepas pelancarannya terpaksa ditangguhkan akibat gangguan teknikal pada roket di kiraan satu jam 25 minit semalam.

Teleskop berukuran 30 sentimeter itu direka untuk mengukur ketumpatan, komposisi dan saiz beberapa planet di luar sistem suria yang digelar sebagai exoplanet.

Menurut Agensi Angkasa Eropah (ESA), CHEOPS akan memerhatikan bintang terang dan memfokuskan planet super-bumi kepada julat saiz Neptune dengan data membolehkan ketumpatan pukal planet dijana sekali gus membawa kepada perincian pertama ke arah memahami dunia asing.

Menurut penerima Hadiah Nobel Fizik 2019, Didier Queloz, misi tersebut merupakan langkah ke arah memahami astrofizik kesemua planet aneh yang pernah ditemukan dan tidak setara dengan sistem suria.

Difahamkan, kira-kira 4,000 exoplanet telah ditemukan sejak Queloz dan rakan penyelidiknya, Michel Mayor mengenal pasti exoplanet pertama digelar '51 Pegasi b' 24 tahun lalu.

Pelancaran pada hari ini dijadualkan pada jam 8.54 pagi (waktu tempatan) dari tapak pelancaran di Kourou, French Guiana.

Syarikat pelancaran, Arianespace memaklumkan kajian teknikal akan dilakukan lima jam sebelum pelancarannya dan jika berjaya ia akan menjadi roket Soyuz buatan Rusia ketiga dilancarkan ke angkasa lepas. - AFP

Artikel Berkaitan: