Sungai Golok lebihi paras bahaya

Portal ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan bacaan paras air Sungai Golok di Jenob melepasi paras bahaya iaitu 25.58 m (bahaya 23.50m) bermula jam 4 pagi tadi. FOTO: FB Kelantan State
Portal ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan bacaan paras air Sungai Golok di Jenob melepasi paras bahaya iaitu 25.58 m (bahaya 23.50m) bermula jam 4 pagi tadi. FOTO: FB Kelantan State
A
A
A

KOTA BHARU- Portal ebanjir.kelantan.gov.my melaporkan bacaan paras air Sungai Golok di Jenob melepasi paras bahaya iaitu 25.58 m (bahaya 23.50m) bermula jam 4 pagi tadi.

Sungai Golok di Rantau Panjang pula sudah melepasi paras amaran iaitu 8.16m bermula jam 9 pagi tadi dan menunjukkan trend meningkat (amaran 8m).

Berikutan itu juga laluan Jeli-Dabong di Kampung Reka ditutup kepada semua kenderaan pada jam 8 pagi tadi dan tiada laluan alternatif manakala Jalan Sungai Durian, Chenulang di Kuala Krai di Kilometer 6.3 hanya ditutup kepada kenderaan ringan.

Gelombang kedua banjir di Kelantan semakin buruk dengan jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka bertambah kepada 25 lokasi berbanding tujuh awal pagi tadi.

Pada awal pagi tadi hanya Jeli yang terlibat, tetapi berikutan hujan lebat menyebabkan empat lagi jajahan iaitu Machang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas dinaiki air.

Sungai Golok di Rantau Panjang pula sudah melepasi paras amaran iaitu 8.16m bermula jam 9 pagi tadi dan menunjukkan trend meningkat (amaran 8m).FOTO: FOTO: FB Kelantan State
Sungai Golok di Rantau Panjang pula sudah melepasi paras amaran iaitu 8.16m bermula jam 9 pagi tadi dan menunjukkan trend meningkat (amaran 8m).FOTO: FOTO: FB Kelantan State

Mangsa yang terjejas adalah seramai 1,204 (dewasa) 522 (kanak-kanak) 52 (bayi) 181 (warga emas) dan 17 orang urang upaya (OKU).

Jajahan paling ramai dipindahkan adalah di Jeli dengan 1,265 orang melibatkan 513 keluarga kini berada di 10 PPS diikuti Tanah Merah, 289 orang terdiri daripada 88 keluarga ditempatkan di sembilan PPS.

Artikel Berkaitan:

Di Kuala Krai pula seramai 156 mangsa terdiri daripada 41 keluarga berada di empat PPS dan jajahan Machang pula hanya satu PPS dibuka iaitu di SJK (C) Pei Hwa yang menempatkan 13 keluarga.

Jajahan terbaru dilanda banjir iaitu di Pasir Mas melibatkan 15 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Kubang Kual.

Sementara itu, portal ebanjir.kelantan.gov.my pula melaporkan, bacaan paras air Sungai Golok di Jenob melepasi paras bahaya iaitu 25.58 m (bahaya 23.50m) bermula jam 4 pagi tadi.