X

Kindly register in order to view this article
!

Protes di Ukraine: 26 penunjuk perasaan ditahan, 17 polis cedera

Ribuan orang dari empat kumpulan penunjuk perasaan dilaporkan berkumpul di luar bangunan parlimen pada pagi Selasa. - Foto AFP
A
A

KIEV - Seramai 26 orang ditahan dan 17 pegawai polis cedera dalam demonstrasi di Kiev, ibu negara Ukraine, lapor agensi berita Xinhua memetik jabatan komunikasi polis Kiev pada Selasa malam.

"Penunjuk perasaan yang agresif ditahan dan dibawa ke jabatan polis... dan akan disiasat mengikut undang-undang berkaitan," menurut jabatan itu dalam satu kenyataan.

Ribuan orang dari empat kumpulan penunjuk perasaan dilaporkan berkumpul di luar bangunan parlimen pada pagi Selasa.

Situasi menjadi tegang apabila polis cuba menghalang tindakan sekumpulan penunjuk perasaan yang cuba mendirikan sebuah khemah di jalan raya.

"Walaupun polis telah memberikan amaran penunjuk perasaan tetap bertindak ganas dengan membaling objek keras kepada anggota keselamatan," kata kenyataan itu.

Polis berjaya mengawal keadaan dan lalu lintas di beberapa batang jalan raya sekitar Parlimen kembali seperti biasa. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!