Lapangan Terbang Jeju kendali lebih 30 juta penumpang tahun ini

Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju pada tahun ini buat pertama kali telah mengendalikan lebih 30 juta penumpang.
Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju pada tahun ini buat pertama kali telah mengendalikan lebih 30 juta penumpang.
A
A
A

SEOUL - Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju pada tahun ini buat pertama kali telah mengendalikan lebih 30 juta penumpang, lapor agensi berita Yonhap memetik data Korea Airports Corp pada Rabu.

Sehingga Disember tahun ini, sejumlah 30,057,300 penumpang melalui lapangan terbang di pulau peranginan di selatan negara Korea Selatan itu.

Jumlah itu adalah yang pertama dikendalikan oleh mana-mana daripada 14 lapangan terbang di Korea Selatan, tidak termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Bilangan penumpang yang menggunakan terminal domestik di lapangan terbang Jeju menunjukkan purata peningkatan sebanyak 7.3 peratus. Jumlah penumpang pada 2015 seramai 24.24, 2016 (26.96 juta), 2017 (28.32 juta) dan 2018 (27.55 juta).

Jumlah penumpang terminal antarabangsa seramai 2.25 juta pada 2014, 1.99 juta (2015), 2.74 (2016), 1.27 juta (2017) dan 1.89 juta (2018).

Dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini, penumpang terminal domestik dan antarabangsa masing-masing melonjak sebanyak 3.1 peratus dan 40.9 peratus.

Pencapaian itu berikutan projek pengembangan infrastruktur Lapangan Terbang Jeju yang siap pada Mei. Projek itu termasuk membesarkan ruang terminal daripada 95,795 meter persegi kepada 126,089 meter persegi. - Bernama

Artikel Berkaitan: