Pemain baharu bakal perkuat cabaran Harimau Selatan

Beberapa pemain baharu akan dibawa masuk bagi memperkuatkan cabaran JDT bagi saingan Liga-M 2020. - Foto Facebook Johor Southern Tigers
Beberapa pemain baharu akan dibawa masuk bagi memperkuatkan cabaran JDT bagi saingan Liga-M 2020. - Foto Facebook Johor Southern Tigers
A
A
A

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberikan bayangan akan membawa masuk pemain baharu bagi memperkuatkan Harimau Selatan mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga-M) 2020 dan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim depan.

Menurutnya, pengumuman pemain baharu itu akan dilakukan pada 20 Disember ini termasuk mengumumkan infrastruktur, aset-aset, nilai komersial kelab dan pemegang saham yang baharu.

“Terdapat banyak projek-projek baru. Di JDT kami tidak pernah berhenti daripada terus maju dan berkembang. Saya merancang pada 2020 menjadi tahun low profile.

“Ianya adalah salah satu perkara yang paling sukar untuk saya lalui. Kerana saya lupa yang kami adalah JDT,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers, hari ini.

Sebelum ini, Tunku Ismail mengesahkan hanya dua atau tiga pemain baharu yang akan memperkuatkan kelab itu untuk saingan musim depan.

Pemain Harimau Selatan giat menjalani latihan sebagai persediaan mengharungi saingan musim 2020. - Foto Facebook Johor Southern Tigers
Pemain Harimau Selatan giat menjalani latihan sebagai persediaan mengharungi saingan musim 2020. - Foto Facebook Johor Southern Tigers

Kenyataan terbaru Tunku Ismail itu sekali gus akan menyaksikan JDT bakal memburu pemain berkualiti dalam usaha mempertahankan kejuaraan.

Artikel Berkaitan:

“Apabila kami melakukan sesuatu, kami akan lakukannya dengan hebat dan besar-besaran! Malang buat yang lain, mereka telah mengejutkan harimau yang sedang tidur.

“Sekarang harimau ini telah bangun, cergas dan lebih bermotivasi. Sekarang saya akan merubah dinamik permainan ini. Ganas dan tiada belas kasihan. Tiada tempat untuk merendah diri dalam peperangan,” katanya.