Australia: PM Scott Morrison selar tindakan Fraser Anning sertai protes perkauman

Scott Morrison
Scott Morrison
A
A
A

CANBERRA - Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menyelar tindakan Senator Fraser Anning kerana menyertai protes perkauman bersama dengan penunjuk perasaan berhaluan kanan yang pro neo-Nazi.

Senator Queensland itu juga dikatakan menggunakan wang pembayar cukai untuk membiayai penerbangannya ke Melbourne.

"Saya ... mengutuk tindakan Senator Anning kerana menyertai perhimpunan di St Kilda itu yang disifatkan melampau. Perbuatan itu langsung tidak boleh diterima," kata Morrison kepada wartawan pada Isnin.

Perhimpunan itu dianjurkan untuk membantah masalah yang diwujudkan oleh kumpulan migran Afrika."

Morrison berkata isu imigran tidak boleh digunakan untuk menutup "agenda perkauman yang bersifat kebencian."

Pihak pembangkang iaitu Parti Buruh Australia (ALP) pula mengatakan jika benar kerajaan membantah tindakan melampau Anning, kerajaan tidak sepatutnya membuat sebarang kerjasama sebagai tindak balas kepada tindakannya. - Bernama

Artikel Berkaitan: