USIM agih RM2 juta zakat termasuk kepada mahasiswa asnaf

Dr Mushaddad menyerahkan sumbangan mewakili PWZ USIM kepada salah seorang pelajar perubatan USIM dalam satu majlis penyerahan kot makmal dan Quran tafsir.
Dr Mushaddad menyerahkan sumbangan mewakili PWZ USIM kepada salah seorang pelajar perubatan USIM dalam satu majlis penyerahan kot makmal dan Quran tafsir.
A
A
A

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengagihkan sebanyak RM2 juta bantuan zakat kepada penuntut dan kakitangannya berstatus asnaf, selain turut memperuntukkan agihan tersebut melalui dana fisabilillah.

Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM, Dr Mushaddad Hasbullah berkata, sejumlah RM2,013,915 diagihkan kepada 2,046 penuntut dan 52 kakitangan asnaf di bawah kategori fakir miskin, manakala sebanyak RM262,900 melalui dana fisabilillah melibatkan program bersifat ilmu, dakwah dan kebajikan.

Menurutnya, PWZ USIM merupakan ejen zakat dilantik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan melalui Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan membolehkan PWZ memperoleh tiga perlapan agihan semula untuk diagihkan kepada golongan asnaf USIM.

“Selain itu, hasil kerjasama PWZ dan beberapa institusi korporat juga, PWZ menerima agihan semula zakat korporat daripada beberapa institusi korporat dan telah berjaya mengurangkan beban yuran pengajian kepada sebilangan besar pelajar asnaf,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.