X

Kindly register in order to view this article
!

Amaran untuk pengusaha lori

Anthony Loke - Foto Bernama
A
A

JOHOR BAHRU - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengingatkan pengusaha lori di negara ini supaya tidak melanggar peraturan berhubung had muatan atau berdepan dengan hukuman denda lebih tinggi.

Beliau berkata, penggunaan ​​​​​​Akta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 yang mengenakan denda lebih tinggi di samping Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987 bagi kesalahan terlebih muatan telah diterangkan secara jelas kepada pengusaha lori sebelum ini.

“Sebaik sahaja (pengusaha lori) melanggar had muatan dibenarkan, mereka tertakluk dikenakan denda. Sekiranya saya tidak kuatkuasakan peraturan, semua orang akan langgar (peraturan) jadi saya amat tegas dengan perkara ini.

“Jangan salahkah pihak penguat kuasa yang mengena denda berat sebaik sahaja anda langgar peraturan ini. Ramai pengguna jalan raya mengadu bahawa di lebuh raya terdapat lori terlebih muatan yang membahayakan pengguna-pengguna jalan raya,” katanya.

Anthony Loke berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Meraikan Pencapaian Bersejarah Johor Port mengendalikan 1 juta TEU Kontena di Pelabuhan Johor di sini hari ini.

Baru-baru ini, Presiden Persatuan Pengusaha Lori Pan Malaysia (PMLOA) Datuk Ng Koong Sinn mendakwa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mengenakan denda lebih tinggi menerusi Akta APAD terhadap kesalahan terlebih muatan dan bukannya melalui Akta JPJ.

Anthony Loke menjelaskan Akta JPJ akan digunakan bagi kesalahan terlebih muatan pada kadar minima manakala Akta APAD bagi kesalahan terlebih muatan pada kadar serius.

“Di bawah akta ini (JPJ), saman akan dikeluarkan terhadap pemandu lori dan pengusaha tetapi untuk Akta Pengangkutan Awam Darat, saman akan dikenakan kepada pengusaha sahaja dan dendanya sangat tinggi kerana akta ini melibatkan kesalahan terlebih muatan yang serius.

“Kalau tidak ada tindakan yang tegas seperti ini, setiap pengusaha akan mengangkut barangan lebih daripada had muatan dan ini membahayakan pengguna jalan raya dan merosakkan jalan raya kita,” katanya.

Bagi kesalahan terlebih muatan, Akta JPJ memperuntukkan denda maksimum RM2,000 manakala Akta APAD memperuntukkan denda minimum RM1,000 dan maksimum RM500,000. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!