Golf Terbuka Malaysia kembali Mac tahun depan

Lahiri juara edisi golf Terbuka Malaysia 2015. Foto: Getty Images
Lahiri juara edisi golf Terbuka Malaysia 2015. Foto: Getty Images
A
A
A

SELEPAS empat tahun tidak dianjurkan, acara utama Persatuan Golf Malaysia (MGA) kembali dengan kejohanan edisi ke-55 Mac tahun hadapan di Kelab Golf & Country Kota Permai.

Dengan tema” Pride, Passion, Prominence”, Kejohanan Terbuka Malaysia 2020 menawarkan hadiah berjumlah AS$1 juta (RM4.14 juta) dengan juara membawa balik AS$180,000 (RM745,416).

Presiden MGA, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata, peminat golf akan berpeluang menyaksikan pemain handalan negara bersaing dengan pemain Jelajah Asia dan Jepun dalam kejohanan yang diiktiraf oleh Asian Tour dengan rakan kongsi Japan Golf Tour Organisation (JGTO).

“Terbuka Malaysia sememangnya adalah satu acara golf profesional yang amat berprestij dan bertahan lama dalam rantau ini. Ia menyediakan satu platform untuk pemain golf profesional dan amatur Malaysia peluang yang cukup bertanding dengan beberapa pemain terbaik dari seluruh dunia,” katanya dalam satu sidang media di Kelab Golf & Country Kota Permai, di Shah ALam hari ini.

Lahiri juara edisi golf Terbuka Malaysia 2015.
Lahiri juara edisi golf Terbuka Malaysia 2015.

Mohd Anwar berkata, 40 slot tambahan kepada pemain tempatan dengan 30 slot dikhaskan untuk pemain golf profesional Malaysia yang layak dan 10 slot lagi untuk pemain amatur tempatan daripada kalangan pemain kebangsaan dan remaja tempatan terbaik.

"Kami berharap pemain negara kita akan mengambil peluang ini untuk berlatih bersungguh-sungguh untuk bersaing dengan pesaing mereka dari Jelajah Asia dan Jepun bersaing untuk kedudukan cemerlang dalam kejohanan ini,” katanya.

Mengenai penaja, Mohd Anwar berkata, pihaknya telah mendapat pengesahan daripada beberapa entiti dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

"Kita sudah pun ada beberapa penaja yang telah bersetuju...dulu Terbuka Malaysia ini ada satu 'penaja acara' tetapi sekarang kita kemungkinan akan dapat tiga dan nama kejohanan itu akan bertukar menjadi Terbuka Malaysia dipersembahkan oleh...," kata beliau.

Anirban Lahiri dari India muncul juara edisi lepas Terbuka Malaysia di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC) pada tahun 2015. - Bernama