320 pelajar terima bantuan persekolahan Nafas

Amiruddin (kanan) menyerahkan baucar kepada penerima bantuan program 'Back to School' Nafas di Dewan Masjid Sungai Baru Gunung semalam.
Amiruddin (kanan) menyerahkan baucar kepada penerima bantuan program 'Back to School' Nafas di Dewan Masjid Sungai Baru Gunung semalam.
A
A
A

ALOR SETAR - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) memberikan sinar baharu kepada 320 pelajar yang bakal memasuki sesi persekolahan baharu 2020 menerusi program ‘Back To School’ di sini semalam.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, penerima bantuan merupakan pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit dan mereka menerima baucar bernilai RM150 setiap seorang.

"Seramai 320 penerima yang terpilih menerima sumbangan baucar bernilai RM150 untuk keperluan persekolahan masing-masing.

'Kita berharap sumbangan Nafas dapat membantu ibu bapa, sekali gus meringankan beban mereka untuk menyediakan kelengkapan anak kembali ke sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program 'Back to School' anjuran Nafas yang turut dihadiri Pengurus Besarnya, Ahmad Shaari di Dewan Masjid Sungai Baru Gunung di sini semalam.

Artikel Berkaitan: