Guna bot amfibia selamatkan pemandu terperangkap

Pemandu pacuan empat roda terperangkap dalam banjir di Batu 13 Jalan Kota Tinggi - Mersing tadi.
Pemandu pacuan empat roda terperangkap dalam banjir di Batu 13 Jalan Kota Tinggi - Mersing tadi.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang terperangkap dalam banjir di Batu 13 Jalan Kota Tinggi - Mersing berjaya diselamatkan anggota bomba kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, mangsa berusia 43 tahun itu dalam perjalanan ke Mersing sebelum diselamatkan menggunakan bot amfibia.

Operasi tersebut turut melibatkan lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) JBPM Johor.

Mangsa diselamatkan anggota bomba selepas kenderaan dinaikinya terperangkap di Jalan Batu 13 Kota Tinggi - Mersing tadi.
Mangsa diselamatkan anggota bomba selepas kenderaan dinaikinya terperangkap di Jalan Batu 13 Kota Tinggi - Mersing tadi.

Artikel Berkaitan: