Pindah aset Pantai Barat ke Terengganu hadapi banjir

Raja Kamarul Bahrin menyampaikan penghargaan kepada usahawan pada Malam Apresiasi Usahawan Melayu Terengganu (MAPUMT) 2019 Quinara Al Safir Resort di sini malam tadi.
Raja Kamarul Bahrin menyampaikan penghargaan kepada usahawan pada Malam Apresiasi Usahawan Melayu Terengganu (MAPUMT) 2019 Quinara Al Safir Resort di sini malam tadi.
A
A
A

KUALA NERUS – Kerajaan akan memindahkan beberapa aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Pantai Barat ke Terengganu sebagai persediaan menghadapi banjir gelombang keempat yang dijangka berlaku pada 24 hingga 25 Disember ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, keputusan itu dibuat kerana aset yang ada di negeri ini khususnya lori melebihi lima tan dan bot tidak mencukupi untuk operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir secara serentak.

Menurutnya, ia juga bertujuan meningkatkan keupayaan logistik dan tindak balas sekiranya berlaku bencana banjir besar di Terengganu tambahan dengan sikap masyarakat yang enggan berpindah lebih awal apabila diminta berbuat demikian.

"Masalah kita di Terengganu terutama di kawasan luar bandar ialah penduduk suka menunggu saat-saat akhir untuk berpindah, jadi kita perlu banyak lori untuk memindahkan penduduk dari banyak kampung secara serentak," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Malam Apresiasi Usahawan Melayu Terengganu (MAPUMT) 2019 Quinara Al Safir Resort di sini malam tadi. Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Terengganu (DPMMT), Ahmad Izani Ab Ghani.

Dalam perkembangan lain Raja Kamarul Bahrin berkata, kerajaan sedang membuat penilaian untuk menambah aset berupa helikopter untuk membantu JBPM melaksanakan misi mencari dan menyelamat mangsa bencana.

Menurut beliau, penambahan aset udara itu penting kerana JBPM kini hanya memiliki lapan helikopter untuk digerakkan di seluruh negara dan jumlah itu masih tidak mencukupi.

"Jadi dalam mesyuarat khas bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail minggu lepas kita dah bincang dan nilai keperluan untuk tambah aset sedia ada," katanya.

Artikel Berkaitan: