Tekong dalang seludup PATI

Lapan PATI warga Myanmar yang ditahan PGA Wilayah Utara semalam dalam Op Wawasan Kedah/Perlis.
Lapan PATI warga Myanmar yang ditahan PGA Wilayah Utara semalam dalam Op Wawasan Kedah/Perlis.
A
A
A

PADANG BESAR - Pasukan Gerakan Am (PGA) Wilayah Utara berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang didalangi seorang tekong warga tempatan di kawasan ladang getah di Chuping dalam Op Wawasan Kedah/Perlis semalam.

Komander Briged Utara, PGA Hulu Kinta, Perak, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, dalam kejadian jam 3.40 pagi semalam, tekong berkenaan yang berusia 50 tahun bersama lapan warga Myanmar termasuk empat wanita berusia antara 19 hingga 54 tahun ditahan.

Katanya, kegiatan kumpulan berkenaan disedari sekumpulan anggota PGA sedang menjalankan rondaan rutin di kawasan ladang getah Chuping, KTJ Pos C 23 berhampiran tiang TNB BKH-PB 470 sempena Op Wawasan Kedah/Perlis.

"Mereka ketika itu dalam perjalanan menuju ke pagar sempadan Malaysia-Thailand yang diketuai oleh tekong berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua warga Myanmar terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

"Kami juga merampas wang tunai berjumlah RM7,878, barangan kemas bernilai RM3,900, sejumlah wang tunai di dalam mata wang Myanmar dan Thailand serta sejumlah telefon bimbit bernilai lebih RM16,000.

"Kesemua tahanan dan barangan rampasan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 26 ATIPSOM 2007, Sek 6 (1) (c ) Akta Imigresen 1959/63.

Artikel Berkaitan: