Macau Scam: Penjawat awam rugi RM12,000

A
A
A

SANDAKAN - Seorang penjawat awam wanita mengalami kerugian RM12,000 selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Azhar Mohd Hamin berkata, mangsa berusia 26 tahun menerima panggilan daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis dari ibu pejabat polis Bukit Aman.

Menurutnya, suspek mengatakan mangsa terlibat dengan kes dadah serta pengubahan wang haram dan perlu membayar wang bagi menyelesaikan kes.

"Mangsa diarahkan untuk memasukkan sejumlah wang ke dalam dua akaun berasingan.

"Selepas melakukan transaksi itu mangsa menyedari ditipu dan tampil ke balai polis untuk membuat laporan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: