Selangor institusi beberapa polisi ekonomi tahun depan

Amirudin merasmikan Sambutan Hari Krismas Peringkat Negeri Selangor di Klang malam tadi.
Amirudin merasmikan Sambutan Hari Krismas Peringkat Negeri Selangor di Klang malam tadi.
A
A
A

KLANG - Selangor mengorak langkah dengan menginstitusikan beberapa polisi pro ekonomi seperti Dasar Kelulusan 100 Hari pada tahun depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah ini untuk mengekalkan kestabilan politik dan ekonomi bagi membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik.

"Dasar kelulusan 100 hari dilaksanakan bagi mempermudah urusan merancang dan membangunkan tanah.

"Pentadbiran ini juga berani mengambil langkah proaktif dengan pengenalan program Inisiatif Roda Darul Ehsan atau RiDE bagi menyemarakkan lagi gig economy buat anak muda yang mahu menceburi bidang ekonomi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Krismas Peringkat Negeri Selangor di Klang.

Menurutnya, selain kestabilan ekonomi dan 'ease of doing business', kerajaan negeri turut memberikan perhatian kepada aspek keselamatan.

"Seperti yang telah dibentangkan dalam Bajet Selangor 2020, pentadbiran ini bakal mengupayakan pengawasan yang lebih baik dengan pemasangan 5,000 unit CCTV (rakaman litar tertutup) di seluruh negeri.

"Barisan penguatkuasa kita di PBT (pihak berkuasa tempatan) turut dipertingkatkan kualitinya menjadi polis bantuan seramai 180 anggota buat permulaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, seperti apa yang selalu disebut sebagai 'miracle of Christmas' atau keajaiban Hari Natal, kerajaan negeri tidak pernah lupa kepada mereka yang kurang upaya dan juga kepedulian kepada alam sekitar.

"Banyak lagi polisi lain seperti penubuhan Majlis Tindakan OKU (orang kurang upaya) Selangor, program Anak Istimewa Selangor atau AnIS dan juga program-program mesra warga emas berjumlah RM20 juta.

"Selain itu, turut dianjurkan kesukarelawan hijau atau 'green volunteerism' juga 'friends of river'. Keseluruhannya dalam rangka meraikan semua pihak agar tiada golongan yang tertinggal selari dengan tema Selangor Maju Bersama," katanya.

Turut hadir Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian, beberapa Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri di negeri Selangor.