X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

Mangsa banjir di Johor meningkat

Mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ai Chun, Segamat.
A
A

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 2,640 orang setakat jam 6 petang semalam berbanding hanya 1,364 orang yang direkodkan pada jam 2 petang.

Daerah Muar menjadi daerah terbaharu dinaiki air selepas Mersing, Kulai, Segamat, Kluang dan Kota Tinggi.

Sebanyak 42 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dengan daerah Kluang mencatatkan PPS terbanyak iaitu 18 buah antaranya di Balai Raya Kampung Chokro, Dewan Kolam Air dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kencana.

Bagi daerah Mersing, lapan PPS dibuka seterusnya Kota Tinggi sebanyak 12 PPS dan dua PPS di Segamat.

Sebuah PPS juga dibuka di Kulai dan Muar.

Sementara itu hanya empat laluan di Kota Tinggi yang masih terputus hubungan dan tidak boleh dilalui kenderaan.

Jalan tersebut ialah Batu 18, Ladang Pasir Logok-Ladang Bukit Kelompok, Ladang Bukit Payung (Tenggaroh) dan Jalan Kampung Mawai Lama.

Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) masih mengeluarkan amaran cuaca bahaya (merah) bagi daerah Mersing dan Kota Tinggi.

Amaran cuaca buruk (jingga) pula bagi daerah Segamat, Muar, Batu Pahat, Kulai, Kluang, Pontian dan Johor Bahru.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!