Mersing, Kota Tinggi terputus hubungan

Keadaan paras air di Sungai Karas Labis.
Keadaan paras air di Sungai Karas Labis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 1,364 berikutan tiga lagi daerah di landa bencana berkenaan iaitu Kulai, Segamat dan Kluang.

Mereka kini ditempatkan di 21 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kulai, Segamat, Kluang, Kota Tinggi dan Mersing.

Selain itu sembilan jalan di Mersing dan Kota Tinggi terputus hubungan akibat banjir dan tanah runtuh.

Seketeriat Penguruaan Bencana Negeri Johor melaporkan setakat jam 2 petang ini, sembilan PPS dibuka di Kota Tinggi iaitu Sekolah Kebangsaan ( SK) Sedili Besar, Dewan Kampung Sungai Baru Mas, SK Sedili Kecil, Surau Kampung Singapura, SK Mawai, SK Gembut, Dewan Raya Sri Mahkota,SK Teluk Ramunia dan Balai Raya Kampung Sentosa.

Selain itu empat PPS dibuka di Mersing iaitu di SK Tenglu, SK Mersing Kanan, SK Air Papan dan SK Bandar Endau.

Bagi daerah Kluang pula enam PPS dibuka iaitu di SK Kahang Batu 28, Sekolah Jenis Kebangsaan ( SJK) Cina Ping Ming, Balai Raya Kampung Contoh, Parit Hasan, Kampung Bentung Dalam dan Balai Aktiviti Kampung Melayu Mardi.

Bagaimanapun, hanya sebuah PPS dibuka bagi daerah Segamat dan Kulai iaitu di Balai Raya Kampung Lembah Bakti Segamat dan Surau Sungai Siam Layang- layang Kulai.

Sementara itu bagi laluan Tenggaroh 3/Kota Tinggi/ Mawai/ Sedili dekat Jalan Dalam yang terjejas dengan banjir dan tanah runtuh masih ditutup kepada semua kenderaan.

Artikel Berkaitan:

Jalan Endau Batu 12 Rompin dekat Jalan Dalam juga masih ditutup kepada semua kenderaan.

Tiga jalan lain yang turut ditutup ialah Jalan Batu 18, Jalan Pasir Logok- Ladang Bukit Kelompok dan Ladang Bukit Payung ( Tenggaroh) dekat Kampung Tunjuk Laut.

Terdapat tiga laluan yang boleh dilalui kenderaan berat iaitu Jalan Tenggroh Kota Tinggi,Simpang PLKN, Mersing Endau dekat Sungai Ambat.