13 warga China ditahan jalankan sindiket judi online

13 warga China ditahan dipercayai menjalankan judi secara online. - Foto: PDRM
13 warga China ditahan dipercayai menjalankan judi secara online. - Foto: PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Kajang semalam menyerbu sebuah banglo mewah di kawasan Country Heights yang dipercayai menjadi lokasi judi online sekumpulan warga China sejak sebulan lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 9.45 malam itu, polis menahan 13 individu warga China termasuk seorang wanita berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, sebanyak 13 komputer riba dan 28 unit telefon bimbit yang digunakan untuk tujuan judi berkenaan turut dirampas.

"Siasatan awal turut mendapati transaksi kewangan sindiket ini melalui judi online mencecah RM200,000 sehari dan menyasarkan pasaran di China," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Artikel Berkaitan: