Banjir di Mersing, Kota Tinggi semakin buruk

Situasi banjir yang semakin buruk di beberapa kawasan. Foto: Pembaca
Situasi banjir yang semakin buruk di beberapa kawasan. Foto: Pembaca
A
A
A

JOHOR BAHRU - Banjir di Mersing, Kota Tinggi semakin buruk dengan bilangan mangsa banjir terus meningkat kepada 370 membabitkan 105 keluarga setakat jam 11 tengah hari tadi.

Mereka kini ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara ( PPS).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri Johor berkata, empat pusat PPS dibuka di Mersing dan empat lagi di Kota Tinggi.

Empat PPS di Kota Tinggi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sedili Besar, Dewan Kampung Baru Sungai Mas, SK Sedili Kecil dan Surau Kampung Singapura.

Menurutnya, empat PPS di Mersing ialah SK Tenglu, SK Mersing Kanan, SK Air Papan dan SK Bandar Endau.

Bilangan mangsa banjir di Mersing dan Kota Tinggi terus meningkat kepada 370 membabitkan 105 keluarga setakat jam 11 tengah hari tadi.
Bilangan mangsa banjir di Mersing dan Kota Tinggi terus meningkat kepada 370 membabitkan 105 keluarga setakat jam 11 tengah hari tadi.

Sementara itu lapan jalan di Mersing dan Kota Tinggi terputus hubungan akibat banjir dan tanah runtuh.

Jalan Tenggaroh/ Mawai/ Kota Tinggi/Sedili dekat Jalan Dalam ditutup kepada semua kenderaan berikutan berlaku kejadian banjir dan tanah runtuh.

Artikel Berkaitan:

Sementara jalan Tenggaroh- Kota Tinggi dekat Sungai Ambat dan Jalan Endah Batu 12 Rompin hanya boleh dilalui kenderaan berat.

Lima jalan yang terputus hubungan di daerah Kota Tinggi ialah Jalan Mawai - Bukit Samsu dekat Lembaga Getah Malaysia, Jalan Mawai Sedili dekat Jalan Dalam dan Jalan Batu 18 dekat Kampung Tunjuk Laut.

Seterusnya Jalan Pasir Logok -Ladang Bukit Kelompok dekat Kampung Tunjuk Laut dan Ladang Bukit Payung ( Tenggaroh) dekat Kampung Tunjuk Laut.

Amaran cuaca buruk (merah) diletakkan bagi daerah Mersing dan Kota Tinggi manakala Muar, Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johot Bahru diletakkan dalam amaran cuaca buruk ( oren).