Mersing, Kota Tinggi dilanda banjir

Anggota agensi bertugas di PPS SK Tenglu Mersing.
Anggota agensi bertugas di PPS SK Tenglu Mersing.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Hujan berserta pertembungan air laut pasang malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah Mersing dan Kota Tinggi dilanda banjir.

Keadaan itu menyebabkan 228 mangsa daripada 68 keluarga di dua daerah tersebut terjejas dan terpaksa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, setakat jam 9 pagi tadi sebanyak dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kota Tinggi manakala empat PPS dibuka di Mersing.

"PPS di Kota Tinggi iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Sedili Besar dibuka jam 2 pagi tadi menempatkan seramai 29 mangsa daripada sembilan keluarga yang merupakan penduduk Kampung Bukit.

"PPS di Dewan Kampung Baru Sungai Mas, Kota Tinggi yang dibuka jam 2 pagi tadi menempatkan 25 mangsa daripada tujuh keluarga dari Kampung Baru Sungai Mas," katanya.

Sementara itu, menurutnya, di Mersing, empat PPS yang dibuka iaitu di SK Tenglu, SK Mersing Kanan, SK Air Papan dan SK Bandar Endau.

Keadaan di PPS SK Tenglu Mersing.
Keadaan di PPS SK Tenglu Mersing.

Katanya, tiga PPS iaitu SK Tenglu, SK Mersing Kanan dan SK Air Papan dibuka pada jam 2 pagi tadi manakala PPS di SK Bandar Endau dibuka pada jam 4 pagi tadi.

Artikel Berkaitan:

"Bagi PPS di SK Tenglu, seramai 63 mangsa daripada 16 keluarga dari Kampung Tenglu ditempatkan di situ.

"PPS di SK Mersing Kanan menempatkan sembilan mangsa melibatkan dua keluarga daripada Kampung Sri Lumpur dan PPS di SK Air Papan menempatkan 65 mangsa daripada 21 keluarga yang merupakan penduduk Kampung Air Papan.

"PPS SK Bandar Endau pula menempatkan seramai 37 mangsa dari 12 keluarga terdiri daripada penduduk Kampung Sungai Padang dan Kampung Air Tawar," katanya.

Amaran cuaca waspada dikeluarkan Jabatan Meteorologi ( MetMalaysia) hari ini.