X

Kindly register in order to view this article
!

Bangkai pesawat tentera udara Chile ditemukan

Antara serpihan bangkai pesawat C-130 milik tentera udara Chile yang ditemukan. - Foto: AP
A
A

CHILE - Tentera Udara Chile semalam mengesahkan telah menjumpai pesawat miliknya yang hilang sejak minggu lalu di Antartika.

Memetik portal Astro Awani, susulan penemuan itu, ketua Tentera Udara Chile, Jeneral Arturo Merino menjangkakan tiada penumpang di dalam pesawat malang itu yang terselamat berikutan keadaan mayat yang ditemui pasukan mencari dan menyelamat.

"Melihat keadaan mayat yang kita temui, boleh dikatakan agak sukar untuk penumpang terselamat dalam insiden pesawat terhempas ini," kata Merino.

Sebelum ini, satu serpihan pesawat dipercayai milik C-130 itu ditemukan pasukan mencari dan menyelamat kelmarin.

Bagaimanapun hasil analisis pihak forensik masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada ia daripada pesawat yang sama.

Merino berkata, pasukan perubatan Chile menghantar pasukan ke Punta Arenas bagi menjalankan analisis darah keluarga mangsa pada Khamis.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus