'Muka hensem tapi mencuri'

Paparan Facebook tular di laman sosial.
Paparan Facebook tular di laman sosial.
A
A
A

AMPANG - Malang buat seorang lelaki apabila mukanya sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) selepas didakwa mencuri beg milik jemaah di surau Dagang Avenue Ampang di sini.

Menerusi Facebook Hamada Al Ishmel, satu klip video 13 saat itu menunjukkan lelaki itu sedang pura-pura solat berjemaah, namun ketika jemaah sedang sujud, dia pantas bangun lalu mencuri beg sandang milik pekerja penghantar makanan Grab Food.

Status Facebook memberitahu, ketika menunaikan solat Maghrib, pekerja itu memakai kain pelekat dan seluarnya disimpan di dalam beg turut mengandungi telefon bimbit, beg dompet dan kunci motosikal.

Simpati atas apa yang menimpa lelaki itu, para jemaah melakukan derma kilat untuk membantunya.

"Kesian, namun syukur Alhamdulillah, ada derma kilat untuk membantu dia semalam. Aduh macam-macam dunia ni. Muka hensem tapi...," tulisnya.

Hamada juga berharap video tersebut tular hingga tertangkapnya pencuri itu selain mendoakan agar ALLAH memberi hidayah kepada lelaki tersebut.

Kata Jakkpar Bekeng, "Tujuan apa sebenar pergi masjid kalau semata-mata untuk mencuri?"

Insan Biasher berkata, "Tak sedar CCTV betul-betul depan muka hang. Tak patut buat kerja tanpa berfkir. Memang sia-sia, meringkuklah dalam penjara."

Artikel Berkaitan:

Tambah Abudzar Abudzar, "Walau sembahyang sempat lagi nak mencuri, apa nak jadi orang sekarang ni." katanya.