Watikah palsu, bukan tandatangan sebenar Sultan Kedah

Tandatangan yang tertera di dokumen watikah berkenaan bukan tandatangan sebenar Sultan Kedah.
Tandatangan yang tertera di dokumen watikah berkenaan bukan tandatangan sebenar Sultan Kedah.
A
A
A

ALOR SETAR - Tandatangan yang tertera di dokumen Warisan Kerabat DiRaja Kedah (Warisan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah III) bukan tandatangan sebenar Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah, Datuk Paduka Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata, kerajaan negeri menerima aduan daripada orang awam bahawa terdapat dokumen berupa watikah kurniaan yang diberikan kepada beberapa individu dan tertera tandatangan Sultan Kedah.

"Bagaimanapun tandatangan berkenaan bukan tandatangan baginda malah logo peribadi dan cop mohor Sultan Kedah pada watikah berkenaan juga palsu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga tidak pernah mengetahui atau mengiktiraf kewujudan Warisan Kerabat DiRaja Kedah (Warisan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah III).

Menurutnya, pihaknya tidak pernah mengeluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat Diraja Kedah (Warisan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah III) kepada mana-mana individu.

Sehubungan itu, beliau berkata, satu laporan polis dilakukan berhubung perkara tersebut.

Artikel Berkaitan: