Cabul anak asuhan: Suami pengasuh diperintah bela diri

No Image Caption
A
A
A

KLANG - Suami pengasuh yang berdepan dengan tuduhan mencabul kanak-kanak berusia empat tahun, diperintah membela diri.

Perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Klang,

M Kunasundary terhadap Sulaiman Aswari selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

"Mahkamah menetapkan 17 dan 18 Januari ini untuk tertuduh membela diri," katanya.

Berdasarkan pertuduhan, Sulaiman, 41, yang bekerja sebagai pemandu lori didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berada di bawah jagaan isterinya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Sentosa, Klang, antara jam 10 pagi sehingga 7 petang pada Februari hingga April 2018.

Pendakwaaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hafizah Zahidah Abdullah mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, bapa kepada lima anak itu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebat.

Artikel Berkaitan:

Prosiding pendakwaan bermula 22 Mei 2018 dengan enam orang saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes.