Keyakinan berterusan kepada Tabung Haji

No Image Caption
A
A
A

TABUNG Haji (TH) terus kukuh dengan prestasi dan kedudukan kewangan yang semakin baik bagi suku ketiga tahun ini.

Peningkatan itu dipacu oleh strategi pelaburan yang mampan serta langkah pengurusan kos secara berhemah.

Dari segi kedudukan kewangan, TH kini mempunyai lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM2.3 bilion dengan pendapatan sebanyak RM2.1 bilion dan keuntungan RM1.3 bilion.

Pendapatan TH dijana daripada pelaburan aset pendapatan tetap sebanyak RM1.1 bilion, pelaburan hartanah (RM0.4 bilion), pelaburan ekuiti (RM0.3 bilion) dan instrumen pasaran wang Islam (RM0.3 bilion).

No Image Caption

Ekoran daripada itu, institusi kewangan Islam itu kini mendapat kepercayaan dan sokongan yang kekal utuh daripada pendeposit.

Bagi tempoh Januari sehingga September 2019, lebih 260,000 akaun simpanan baharu telah dibuka dengan jumlah keseluruhan pendeposit meningkat kepada 9.44 juta menjadikan jumlah deposit keseluruhan ialah RM70 bilion.

No Image Caption

Jika diimbas semula sejarah kewujudan TH, tiada institusi kewangan Islam untuk umat Islam di Malaysia yang mengumpul wang bagi menanggung kos perbelanjaan menunaikan haji.Tujuan haji

Artikel Berkaitan:

Walaupun ketika itu sudah wujud beberapa bank di Malaysia, umat Islam enggan menabung dengan perbankan konvensional untuk tujuan mengerjakan ibadat haji.

Ini kerana mereka mahu memastikan tabungan mereka bebas daripada sebarang unsur riba agar haji yang diperoleh nanti adalah haji mabrur.

Mereka menggunakan pelbagai kaedah tradisional untuk menyimpan wang malah ada yang menjual ternakan dan harta benda bagi mencukupkan perbelanjaan ke Tanah Suci.

Idea bagi penubuhan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBH) tercetus hasil cadangan tokoh ekonomi Melayu terkenal iaitu Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid pada Disember 1959 kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.

Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein merasmikan pembukaan bangunan Tabung Haji di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 2 September 1968.
Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein merasmikan pembukaan bangunan Tabung Haji di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 2 September 1968.

Langkah pertama ke arah itu diambil dengan penubuhan PWSBH di bawah Undang-undang No 34, 1962 pada tahun 1963. Perbadanan itu terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Mulai 30 September 1963, PWSBH melakar sejarah dengan membuka kaunter menerima tabungan daripada bakal haji.

Sejak itu, umat Islam Malaysia mula dididik untuk membuat tabungan sejak awal usia untuk membuat tabungan dengan organisasi patuh syariah sebagai persiapan menunaikan haji.

Ketika mula beroperasi pada 1963, seramai 1,281 bakal haji telah membuka akaun mereka dengan jumlah tabungan sebanyak RM46,610.

Tujuan utama mereka adalah semata-mata untuk memastikan simpanan mereka selamat dan bebas daripada riba untuk membolehkan mereka melengkapkan rukun Islam yang kelima itu.

Pada masa itu, tiada sama sekali niat untuk meraih bonus atau dividen hasil daripada simpanan dengan TH.

Keyakinan yang dipamerkan para bakal haji itu menjadi pendorong kepada PWSBH untuk terus menambah baik perkhidmatan demi memenuhi salah satu fardu kifayah. Pada tahun 1969, bagi memantapkan lagi peranannya dan memudahkan penyelarasan aktiviti penabungan serta pengurusan haji yang semakin berkembang, PWSBH digabungkan dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang telah ditubuhkan dalam tahun 1951 dan beroperasi di Pulau Pinang.

Badan yang digabungkan itu dinamakan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) yang kemudiannya ditukar kepada Lembaga Tabung Haji pada 1995 atau dikenali dengan singkatannya Tabung Haji atau TH sehingga kini.

No Image Caption

Dengan penubuhan TH, urusan ibadat haji umat Islam menjadi lebih mudah dan teratur malah, bagi mereka yang pertama kali ke Tanah Suci mereka tidak perlu bimbang kerana TH mengurus semua keperluan mereka.

Antara keperluan itu termasuk urusan berkaitan pasport, visa haji, pengangkutan, penginapan di Makkah, Madinah, Mina dan Arafah serta penjagaan kesihatan dan bimbingan ibadat haji.

TH ditadbir berdasarkan kepada Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) dan perintis dalam institusi kewangan Islam bagi memudahkan umat Islam menyimpan untuk tujuan mengerjakan haji.

SistematikInstitusi kewangan itu diberi tanggungjawab oleh kerajaan untuk mengurus pelbagai kemudahan demi kebajikan jemaah haji negara secara komprehensif dan sistematik.

Antaranya ialah pengurusan simpanan (deposit) yang terbaik serta halal, selain aktiviti pelaburan bagi tujuan memberi nilai tambah kepada pengurusan haji dan pembayaran hibah kepada para pendeposit.

TH mencatatkan prestasi kewangan lebih baik pada tahun 2017 berbanding 2016, dengan pendapatan kasar meningkat sebanyak RM1.1 bilion atau 31 peratus kepada hampir RM4.5 bilion, berbanding tahun kewangan 2016 sebanyak RM3.4 bilion.

Setiap tahun juga TH mengumumkan agihan hibah atau bonus kepada pendeposit dan pada tahun 2017, agihan hibah kepada pendeposit sebanyak 4.50 peratus dan tambahan hibah haji 1.75 peratus kepada yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2017 melibatkan pembayaran berjumlah RM2.7 bilion.

No Image Caption

Selain pengurusan haji dan simpanan, pelaburan juga merupakan satu aktiviti TH. Simpanan pendeposit dilaburkan dalam aktiviti pelaburan dan instrumen patuh syariah bagi menjana pulangan yang kompetitif.

Antara pelaburan TH ialah di Indonesia dalam sektor perladangan, dan di United Kingdom serta Australia dalam sektor kewangan Islam, teknologi maklumat, minyak dan gas, perkhidmatan dan pembinaan.

Di Malaysia, TH memiliki beberapa bangunan komersial di sekitar Lembah Klang. Selain bangunan ibu pejabat di Menara TH Tun Razak, terdapat juga Menara TH Platinum, Menara TH Selborn, Menara TH Uptown, Menara TH Perdana, Menara TH Plaza Sentral, Menara TH Damansara dan Menara Bank Islam.

TH turut membuat pelaburan hartanah di luar negara termasuk di United Kingdom, Australia dan Arab Saudi.