70 mangsa banjir di Kota Tinggi masih ditempatkan di dua PPS

Anggota dan pegawai masih memantau keadaan di PPS yang dibuka.
Anggota dan pegawai masih memantau keadaan di PPS yang dibuka.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seramai 70 mangsa banjir melibatkan 21 keluarga dari enam buah kampung masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini.

Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Tinggi, setakat jam 8 pagi tadi, dua PPS terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Ramunia dan SK Mawai.

PPS SK Teluk Ramunia menempatkan 46 mangsa banjir daripada 13 keluarga melibatkan penduduk dari Kampung Baharu, Kampung Changi dan Kampung Jumis Bukit.

PPS SK Mawai pula menempatkan 24 mangsa daripada lapan keluarga melibatkan penduduk dari Kampung Mawai Lama, Kampung Mawai Baru dan Kampung Haji Mohd Jambi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa banjir di Kota Tinggi meningkat

Artikel Berkaitan: