X

Kindly register in order to view this article
!

Main ‘game’ tidak bazir masa

Riaz Shah
A
A

SHAH ALAM - Bermain permainan video tidak dianggap membazir masa sekiranya pemain mempunyai matlamatnya tersendiri dalam ‘game’ tersebut.

Pengasas Kitamen Shah Alam, Riaz Shah berkata, pemain e-Sports misalnya mempunyai objektif tersendiri malah ada di antara mereka diangkat menjadi pemain profesional dan menjana pendapatan melaluinya.

“Bezanya main ‘game’ bila tiada matlamat, tiada objektif untuk dicapai, itu boleh dikatakan bazir masa. Tapi kalau anda ada objektif, seperti pemain e-Sports, sukan ini memang main ‘game’ juga tapi tahap kompetitifnya ada, kadangkala menang dan ada kalanya kalah.

“Kompetitif itu akan membangkitkan bakat dalam diri kita untuk cuba menang pertandingan itu. Bila ada dapat ‘game’ yang kena dengan diri mereka, ia akan memupuk semangat dalaman untuk menjadi lebih baik, ia ada banyak manfaatnya," katanya pada Wacana Sinar Harian Siri ke-143 bertajuk E-Sports: Dunia Sukan Baharu Tanpa Diskriminasi di Dewan Karangkraf di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: E-sport wujud peluang sama rata untuk semua golongan

Menurutnya, e-Sports kini menjadi satu industri yang cukup besar dan lebih pantas daripada dijangka.

“Sekarang secara perlahan-lahan dah nampak perubahan, nampak semakin ramai mula menerima e-Sports dan semakin ramai nak buat program sukan ini.

“Berbanding tiga tahun lepas, satu atau dia program saja sebulan. Sekarang kita boleh nampak berapa laju sukan ini semakin berkembang di Malaysia

“Sukan ini lebih sesuai untuk semua orang. Sebab itu kalau nak dibandingkan dengan sukan konvensional, perkembangan e-Sports ini lebih laju berbanding sukan lain," katanya.

Beliau berkata, penganjur juga diharap tidak takut untuk menganjurkan program e-Sports kerana sukan itu mempunyai peluang yang cerah pada masa hadapan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus