Dua maut, dua parah nahas kemalangan

Anggota bomba menggunakan Resque Tools untuk mengeluarkan mangsa kemalangan yang tersepit di Jalan Jeniang, Sik.
Anggota bomba menggunakan Resque Tools untuk mengeluarkan mangsa kemalangan yang tersepit di Jalan Jeniang, Sik.
A
A
A

ALOR SETAR - Dua maut manakala dua lagi cedera parah apabila terbabit dalam kemalangan di Jalan Jeniang, Sik hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta jenis Proton Iswara dinaiki mereka bertembung sebuah lori.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.27 tengah hari sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian bersama jentera.

"Seorang pemandu wanita dan penumpang lelaki tersepit di dalam kenderaan dinaiki selepas kereta terbabit bertembung dengan lori sebelum dikeluarkan pasukan BBP Sik menggunakan 'Resque Tools'.

"Namun kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada polis, sementara dua lagi penumpang iaitu wanita dan seorang kanak-kanak perempuan dibawa ke Hospital Sik untuk rawatan lanjut akibat kecederaan parah dialami,” katanya.

Artikel Berkaitan: